Pakej Lawatan Agro D’impian Agro Farm, Muar, Johor

Pakej Lawatan Agro D’impian Agro Farm, MUAR.
Cuti sekolah ni kalau tak tahu nak bawa anak2 pergi mana boleh pergi sini, D’impian agro farm, di sg belukang muar. Banyak aktiviti menarik dekat sini daripada pertanian, penternakan dan perladangan, boleh bagi makan kuda, kambing, rusa, arnab, ikan burung unta . Kalau yang datang dari jauh pon boleh menginap dekat sini paling rare tido dalam khemah, tapi khemah dia besar gile ada 4 tilam dalam khemah tu dan ada aircond memang rare.
Bab makan tak perlu risau dekat sini pon ada cafe, kebanyakan dekat cafe ni semua hasil daripda produk D’impian agro farm sendiri.paling best dekat cafe ni boleh makan dan minum daripda produk sendiri sambil layan pemandangan pokok strawberi dan rock melon. Jemput la ke muar singgah ke sini.saya share sedikit info untuk korang yg nak kesini.
Harga :
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Pakej A RM100: 2 dewasa 1 kanak-kanak
Pakej B RM150: 3 dewasa 2 kanak-kanak
(Termasuk makan dan penerangan agro)
Ladang Dimpian Agro Farm, Muar.
Dimpian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang,
Seri Menanti, Muar
📌Dimpian Agro Farm Muar
📍kampung sungai belukang, seri menanti Muar
⏰9pg-6ptg (dibuka setiap hari semasa cuti sekolah)

+60 18 793 9749

TEMPAT MENARIK DI MUAR

TOURISM JOHOR
TOURISM MUAR
TOURISM MALAYSIA

TEMPAT MENARIK DI JOHOR
AGRO TOURISM
STEM

D’IMPIAN AGRO FARM
LAWATAN CUTI SEKOLAH

SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top