PROFIL D'IMPIAN AGRO FARM

COACH BAHAR - UNIVERSITI - PERTANIAN - AGROMAKANAN - FOOD SECURITY - D'IMPIAN AGRO FARM - USAHAWAN TANI - KEBUN - KELAS  BERTANI  - SEMINAR TAN I - FOOD SECURITY - AGRO TOURISM DI MAUR, JOHOR MALAYSIA

LATAR BELAKANG  D’IMPIAN AGRO FARM

D'IMPIAN AGRO FARM

Ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 2019 dengan nama syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah BerlariKeLangit Enterprise. Terletak di Kampung Sungai Belukang, Sri Menanti, Muar, Johor Darul Takzim. Perniagaan yang dijalankan adalah pelancongan agro (agrotourism) di bawah nama D’Impian Agrofarm.

APAKAH D’IMPIAN AGRO FARM

D'IMPIAN AGRO FARM MUAR JOHOR - drone pic

D’Impian Agro Farm adalah salah satu lokasi pelancongan terbaru di daerah Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia.
D’Impian Agro Farm terletak di No. 234, Jalan Muar-Batu Pahat, Kampung Sungai Belukang, Sri Menanti, Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia.

D’Impian Agro Farm meyediakan pengalaman percutian berkonsepkan Agrotourism (Pertanian) yang dibuka 6 hari seminggu kecuali hari selasa dari jam 9 pagi – 5 petang.

Pelawat boleh melawat sekitar ladang fertigasi sayur-sayuran, ladang melon, kandang ternakan – rusa, burung unta, kuda, kambing,  ayam kampung, arnab, burung, taman bunga, kolam ikan

Di D’Impian Agro Farm juga tersedia Restoran CobaWin Cafe yang sediakan menu seperti Nasi Lemak Ayam, Ayam Goreng CobaWin (CobaWin Fried Chicken), CobaWin Coffee

Pelawat juga boleh menginap dan bermalam di Glamping Campsite D’Impian Agro Farm.

Di D’Impian Agro Farm, anda boleh membeli sayur-sayuran segar terus dari ladang serta pelbagai produk IKS keluaran Coach Bahar Food Industries .

 

Di sini juga kami menekankan tentang melahirkan lebih ramai usahawan tani dalam kalangan anak muda dan mereka yang berminat menceburi bidang pertanian dan penternakan dengan menyediakan kelas dan seminar (teori dan praktikal amali secara professional).IPT, Agensi & Jabatan Kerajaan, NGO & Swasta amat dialu-alukan untuk bekerjasama dengan kami untuk berSINERGI

 

Selain itu, misi D’Impian Agrofarm adalah membekalkan Food Security untuk masa depan Malaysia dan mengangkat konsep “daripada ladang terus kepada pelanggan” (from farm to customer).

KEM MOTIVASI D’IMPIAN TRAINING & CONSULTANCY

D'IMPIAN TRAINING & CONSULTANCY MUAR JOHOR - KEM MOTIVASI DI MUAR JOHOR

 

D’Impian Agro Farm dengan seliaan D’Impian Training & Consultancy juga menganjurkan Kem Motivasi Bermodul Untuk Sekolah-sekolah dan IPT di seluruh Negeri Johor dan amnya seluruh Malaysia.
Selain itu, kami juga anjurkan Program Kem Cuti Sekolah untuk ibu-bapa hantar anak-anak mereka.

 

BERCUTI-DI-DIMPIAN-AGRO-FARM-MUAR-JOHOR-AGRO-TOURISM-JOHOR-MALAYSIA

Jom Bercuti Terapi Minda bawa Keluarga dan Rakan-rakan ke  D’Impian Agro Farm, Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia.

#AgroTourismMalaysia
#TempatPercutian
#MiniZoo
#VisitJohor
#VisitMalaysia
#KemMotivasi

D'IMPIAN TRAINING & CONSULTANCY MUAR JOHOR - KEM MOTIVASI PELAJAR D'IMPIAN AGRO FARM 2022 2023 - COACH BAHAR
Scroll to Top