Cuti sekolah ni kalau tak tahu nak bawa anak2 pergi mana boleh pergi sini, D’impian agro farm, di sg belukang Muar. Banyak aktiviti menarik dekat sini daripada pertanian, penternakan dan perladangan, boleh bagi makan kuda, kambing, rusa, arnab, ikan burung unta . Kalau yang datang dari jauh pon boleh menginap dekat sini paling rare tido dalam khemah, tapi khemah dia besar gile ada 4 tilam dalam khemah tu dan ada aircond memang best.
Bab makan tak perlu risau dekat sini pon ada cafe, kebanyakan dekat cafe ni semua hasil daripda produk D’impian agro farm sendiri.paling best dekat cafe ni boleh makan dan minum daripda produk sendiri sambil layan pemandangan pokok strawberi dan rock melon. Jemput la ke muar singgah ke sini.saya share sedikit info untuk korang yg nak kesini.
Harga :
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Pakej A RM100: 2 dewasa 1 kanak-kanak
Pakej B RM150: 3 dewasa 2 kanak-kanak
(Termasuk makan dan penerangan agro)
Ladang Dimpian Agro Farm, Muar.
Dimpian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang,
Seri Menanti, Muar
Klik di location
website : https://dimpianagrofarm.com/
Dimpian Agro Farm Muar
kampung sungai belukang, seri menanti Muar
9pg-6ptg
Dibuka setiap hari sepanjang percutian kali ini.
+60 18 793 9749 / 011 2793 8199 / 0188735655