Bukalah mata BANGSAKU.
.
Satu hari saya ke kawasan perindustrian untuk urusan bisnes. Saya lihat dari 40 lot perindustrian tersebut milik bangsa cina. Mereka buat baju, mereka buat biskut, mereka buat mee, mereka buat perabut. Pekerja kilang mereka adalah orang melayu. Ada juga warga asing.
.
Orang kita tak de orang pandai ke?
.
Orang pandai ada. Tetapi mereka semua bekerja. Dulu masa saya kecil, mak cik saya selalu nasihatkan saya ” belajar pandai, nanti besar masuk universiti. Nanti boleh kerja dengan syarikat besar atau boleh kerja dengan kerajaan ” .
.
Kita berikan anak yang paling pandai dikalangan kita pada orang lain. Yang tak pandai tinggal rumah jaga kebun di kampung menyebabkan semuanya tanah sekarang dijual. 20% tanah kini milik orang melayu selebihnya pada bangsa lain.
.
Kalau tak pandai, mana mungkin ada pelajar kita sampai dapat 17A. Kalau tak pandai mana mungkin kita ada Profesor di seluruh dunia dalam pelbagai bidang.
.
Tetapi kita berjaya dan pandai mengayakan orang lain.
.
Baru-baru ni pemberian bantuan kerajaan . Satu keluarga dapat RM500. Penerima bantuan lebih 1.2 juta. Penerima bantuan secara serentak lebih 4B.
.
KEMANA duitnya. Adakah ke kedai melayu ? Adakah ke tangan melayu.
.
Saya tak racis
.
Saya cakap tentang bangsa saya. Saya tahu bangsa cina rakan saya sudah hebat dalam dunia bisnes. Mereka boleh hidup dengan apa pun keadaan berlaku. Mereka tetap dapat tinggal dapat sikit atau dapat banyak. Saya ramai kawan berbangsa cina dan india..
.
Bangsa saya tak sudah bergelut dikejar penguatkuasa menjual dan menjaja ditepi jalan. Baru nak belajar berniaga, modal sedikit dah diserbu. Saya cadangkan mereka peniaga ditepi jalan ni diberi training bisnes percuma. Jangan asik gomen buat iklan mencari usahawan muda tapi sasaran tak sampai kerana pegawai hanya duduk di meja pejabat. Turun dan bantu mereka.
.
Apa saya nak ?
.
Saya nak anak muda melayu dari bergaduh pasal politik baik bercerita dan berfikiran matang. Kita takut kalah dalam merebut kuasa politik tapi kita tak pernah takut kalah dalam perebutan kerusi ekonomi. Kita kalah untuk jadi juara kilang baju, kedai runcit, kedai perabut.
.
Kita malu ditanah kita sendiri .
.
Adakah anda bersetuju dengan saya ?
Iklan
Jumpa coach bahar pada Sabtu 17.06.2023 di Shah Alah untuk Seminar Pencen Dengan Tenang.
DAFTAR DAN BAYAR YURAN PENYERTAAN ONLINE (KLIK LINK DI BAWAH)