Kegagalan Adalah Kejayaan Yang Tertangguh – Coach Bahar

EBOOK COACH BAHAR - BANGKIT SELEPAS JATUH
Satu hari dulu, ketika saya rungsing memikirkan masa depan. Arwah mak nasihatkan saya yang sesuatu perkara yang berlaku pada diri kita ada tiga perkara yang disebaliknya
– Terbaik untuk kita
– Selayaknya untuk kita terima
– Tepat pada masanya
Kadang-kadang kita gagal dan kalah. Kita rasa sakit betul dengan kegagalan itu. Sedangkan kegagalan, kekalahan, kehilangan itu juga terbaik untuk kita. Muhasabah diri dan bertindak untuk terus melangkah kehadapan.
Kalau tak mahu kalah jangan masuk game. Duduk kat luar tengok orang main. Bisnes ni kalau kalah jadi parah. Lebih lagi kita dalam masyarakat melayu. Kita tidak ada sikap menghargai percubaan yang telah dilalui.
Saya pasti ada antara mereka yang membaca posting ini sedang menghadapi masalah yang berat. Masa #covid19 buatkan banyak bisnes gulung tikar. Mereka yang boleh bertahan tu Allah rezekikan kamu boleh bertahan. Masih ramai yang menderita menanggung kerugian yang mereka hadapi. Hutang dengan bank, hutang dengan pelabur, hutang dengan pekerja. Banyak lagi kisah disebalik kegagalan itu tadi.
Bila gagal mereka dianggap penjenayah. Masa saya gagal bisnes hotel saya dulu, saya ditekan, saya tidak diberi peluang. Agensi kerajaan ni menekan sehingga saya bankrap. Sahabat handai dan saudara mara mula menjauhkan diri. Mungkin takut terlibat atau minta tolong pinjam duit. Ada satu ketika, saya minta ambil gambar dengan kawan saya jumpa. Dah lama tak jumpa tiba-tiba dia cakap “ jangan masuk FB tau “. Kita pun faham apa yang mereka maksudkan.
Bila gagal dan kalah ni rasa terhina. Yang bernasib baik keluarga masih ada berdiri dibelakang kamu. Ada yang tidak bernasib baik, ada juga isteri atau suami lari meninggalkan kamu.
Kerja Macam Nak gila kejar harta
Ada yang ketawa berdekah-dekah dibelakang kamu. “ kejar harta sampai tak ingat dunia “. Mereka berkata-kata dibelakang kamu. Ketap bibir dan jalan terus. Kita perlu teruskan hidup. Biar apa yang orang kata fokus kamu adalah mengubah semula skrip fikiran orang lain. Bila kamu jatuh dan gagal tentunya kamu akan tercarap dan menangis.
Bangkit dari jatuh.
Sehingga saya menulis sebuah buku “ Bangkit selepas jatuh “. Buku itu terjual 5000 buah dalam masa dua hari. Ianya penulisan saya dari hati untuk mereka yang sedang berjuang.
Tarik nafas, pejamkan mata. Tadahkan tangan pada Allah memohon doa ketika hujan turun, ketika buku roma kamu sehingga beremang, disuasana malam betul – betul kamu insaf dan kamu faham yang semua perkara di dunia ini telah ditakdirkan. Jangan menyalahkan diri sendiri dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. Berfikiran positiflah setiap hari.
Setiap kata-kata kejian, kutukan, hinaan adalah menjadi penguat kepada kamu untuk teruskan perjuangan.
Siapa tak sempat nak beli dulu boleh je beli ebook yang lebih murah dan berharga ini,klik link di bawah:
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top