Jus Durian Belanda Coach Bahar
Kawan saya tanam durian belanda sendiri. Pemborong ambil dengan harga yang rendah. Buah cantik-cantik. Katanya duit baja pun tak lepas. Sebab itu makin lama makin menyusut pengeluarannya. Orang melayu kita bukan tak bersemangat nak berkerja atau berkebun tapi buat kerja tak balik modal siapa boleh tahan.
Saya terdiam. Saya berikan idea kawan tu buat jus durian belanda. Katanya dia tak tahu macam mana nak buat. Bila buat sikit-sikit pes masuk dalam peti ais sejuk beku tak ada yang nak beli. Jual RM10 satu bekas pun jiran tak nak beli katanya. Saya lihat anak matanya. Umurnya 60 tahun lebih. Sudah umur pencen.
Tak juga menyelesaikan apa-apa. Saya tak dapat bantu dia kalau saya berdiam diri macam gitu je. Hanya mendengar sahaja keluhan dari petani yang rata-ratanya mempunyai masalah yang sama.
Terdetik dalam hati saya. Biar kecil asalkan berhasil. Saya cabar diri untuk ambil secara borong hasil pertanian mereka. Saya cari kilang OEM orang melayu kita. Saya buat jus durian belanda atas branding ‘ coach bahar ‘. Saya akan buat jualan untuk semua rangkaian bisnes saya. Ianya dijual di cobawin cafe, jadikan buah tangan dan cenderamata pelawat, dijadikan air minuman masa seminar.
Kita boleh buat air nenas
Kita boleh buat air buah jambu
Kita boleh buat air teh telang
Kita boleh lakukan bila kita berkerjasama. Ada yang menanam, ada yang membotolkan, ada yang menjual.
Tapi bila saya tanya kat kilang-kilang OEM ni mereka tak boleh masuk produk kita ni ke supermarket besar. Masalahnya kat mana? Mungkin diambil dengan harga paling murah dan sukar dapat bayaran. Air jus tetap supermarket besar ni import dari luar negara. Tapi tetap dijual dengan harga yang mahal kepada penguna.
Tengok sahaja di R&R tu. Kira sahaja produk yang betul-betul dari kilang IKS. Biasanya pengeluaran dari kilang besar. Kilang IKS ni biasanya akan mengunakan produk tempatan, bahan dari tempatan dan hasil pertanian orang kampung. Kilang besar ni akan beli bahan dari luar negara. Alasanya murah.
Kita ada semuanya?
Kita ada universiti yang buat research
Kita ada agensi kerajaan
Kita ada petani
Kita ada undang-undang
Kita ada menteri
Kita ada bank
Tapi apa yang kita tak adalah semangat kerjasama. Bersaing antara kita. Iri hari, dengki, bergaduh, tak bersempendapat.
Akhirnya kita sendiri. Target dan matlamat masing-masing.
Jemput datang ke Dimpian Agro Farm. Ianya adalah satu tempat yang menyediakan total solution dan eko sistem yang lengkap dari hasil pertanian hingga ke produk akhir. Jemput datang dan beli produk IKS dari kami.
Lokasi
Dimpian Agro Farm