Jual cendol bergaji CEO – Rahsia Didedahkan oleh Coach Bahar

Saya kenal seorang peniaga cendol. Berniaga dah 4 tahun lepas dia pencen. Saya suka makan cendol durian dia. Empat anaknya semuanya lulusan ijazah. Sekarang tiga darinya ikut dia berniaga. Jual rojak dan jual cendol. Tapi buka tempat lain-lain. Banyak nasihat dia dalam bisnes. Bisnes kena ikhlas. Kita bisnes ni ikut sunnah katanya.
Dia menjual lebih 500 mangkuk sehari. Ada yang berhenti beli bungkus sampai 10 bungkus. Maklumlah cuaca panas. Dia tak cakap dengan saya berapa dia dapat. Tapi anda pun boleh kira sendiri. Kalau sebulan boleh dapat 10 ribu jual cendol je siapa yang tak nak. Kenapa tak percaya kan..kalau 5 ribu percaya tak ?.
Formulanya?
Jual apa yang orang nak, jual tempat orang berkumpul-kumpul. Jual dengan harga yang orang mampu milik. Kalau anak-anak dia boleh buka 5 tempat lagi dengan perkara yang sama. Berapa pendapatan keluarga mereka. Ahh saya ni berangan je..melayu selalu dikaitkan berangan mat jenin kan..jangan percayalah.
Nak jadi jutawan senang je.
Jual barang untung seringgit tapi jual kat 1 juta kali.
Atau
Jual barang untung sepuluh ke 100 ribu orang.
Atau
Jual barang yang untung RM100 kepada 10000 orang.
Teorinya senang kan..
” Asas berniaga adalah menjaja “.
Tip Berniaga Jalanan
1. Buat bisnes biar kecil tapi untung besar. Jangan buat bisnes besar tapi tak ada untung. Jual cendol nak mulakan bisnesnya bawah RM500 pun dah boleh run.
2. Usahawan selalunya melihat dari mata helang, jangan melihat tapi tak nampak. Usahawan perlu nampak lubok duitnya dimana sahaja.
3. Fokus dengan bisnes kecil dulu, tindakan yang penting dari berangan besar tapi tak jadi-jadi. Lakukan sekarang.
4. Betulkan persepsi berniaga dari orang kita. Berniaga adalah perkerjaan yang baik. Bisnes bukan untuk kaya semata-mata.
5. Berniaga ni best, dapat banyak kawan dan hidupnya bersantai lebih lagi lepas bersara.
6. Jangan malu kalau nak berjaya. Kalau malu tentu tak kemana.
Arwah abah dulu pakar buat cendol. Kami jual cendol depan rumah masa budak-budak dulu. Arwah abah pesan. Berniaga ni belum tentu untung duit. Tapi pasti beruntung jika berniaga dengan ikhlas. Dari pagi buat air gula, buat santan. Mana ada peti sejuk nak simpan. Petang hujan. Belum berniaga dah rugi. Tapi kita sedekah kat orang. Kita untung mudah-mudahan jadi pahala. Bisnes ni perjuangan orang islam katanya.
Share dan like.
Website
Iklan
====
Nak ebook percuma?
[ Kepada 200 ribu sahabat FB, boleh tak tolong like dan share posting ni. Mana tahu baik untuk sahabat yang lain ]
Offer baru RM20 je. Beli 1 dapat 3 ebook. Dua ebook percuma.
Saya beri promosi ini TERHAD dengan harga RM20 sahaja dapat tiga ebook. Tawaran ini tamat pada 15 April 2024 jam 11.59 malam.
Korang beli 1 dapat 3 ebook
1. Bangkit selepas jatuh
2. 47 idea bisnes untung besar
3. Jana 5K sebulan walaupun hanya tanam sayur.
Klik link dibawah untuk menyokong
Nak video dan ilmu bisnes Agro dalam bentuk pen drive
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top