Jom Bercamping di D’Impian Agro Farm, Muar, Johor

family and solo adventure camping outdoor di D'Impian agro farm muar johor - coach bahar - tempat camping di johor malaysia - dimpianagrofarm.com
Jom Bercamping di Dimpian Agro Farm, Muar
Saya baru sahaja seminggu buka tawaran bercamping di farm saya. Kalau budak sekolah tu dah biasa dah. Tiap minggu ada pelajar sekolah bercamping kat sini. Tapi kalau keluarga ini adalah pertama kali.
Pengalaman bercamping ni memang syok. Masa saya belajar di UK dulu, kalau musim panas setiap minggu kami sekeluarga akan keluar bercamping. Kat sana banyak tapak camping yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.
Di Malaysia kalau nak bawa anak-anak keluar jalan-jalan pastinya kita perlukan kewangan yang tinggi. Traveling memerlukan kos yang banyak. Nak sewa hotel, nak makan-makan, minyak dan tol. Tak kurang dari RM1000 untuk 3 hari 2 malam.
Sebab itu saya buat tapak camping di farm saya. Saya mahu budaya ini dibanyakan diMalaysia. Sewa tapak pacak kemah baru RM100 semalam semalam. Boleh enjoy dengan anak-anak.
– Boleh jalan-jalan jelajah 18 ekar. Boleh tengok semua sayuran, pokok melon, boleh main dengan binatang di mini zoo. Boleh beri makan kambing, ayam dan itik.
– Kami sediakan kolam renang anak-anak sekali kat sini. Boleh tunggang kuda, boleh memanah. Boleh berbasikal keliling farm dalam suasana kampung.
– Nak makan kat kampung saya paling best. Boleh makan satey masa sarapan, mee rebus. Tengah hari pastinya kena cuba asam pedas. Petang atau malam jangan tertinggal mee bandung. Tapi kami juga ada cafe sendiri berhadapan dengan ladang.
– Paling best kat farm dekat dengan laut, boleh bergambar di sawah padi, dekat dengan kolam air panas dan boleh mendaki bukit muo.
Budaya bercamping
Kalau anak-anak masih kecil inilah masanya paling indah. Bila kita bersama mereka buat kerja sama-sama, cari kayu api nak buat unggun, masa sama-sama macam main pondok-pondok. Ini masanya mengajar mereka ikthir hidup. Pastinya mereka akan ingat sampai bila-bila.
Tanggapan sesetengah pihak yang bercamping ni membazir lebih baik tidur kat rumah je adalah sangat tidak berasas. Budaya ini sepatutnya disambut oleh kementerian pelancongan banyakan tempat mereka ni boleh bercamping.
Camping ni best di kawasan kampung macam kampung saya. Suasana yang sunyi, sejuk bila malam. Bila bangun pagi dengar bunyi ayam berkokok. Jarang boleh dapat suasana ni di bandar.
Kalau korang nak sewa tapak camping kat sini korang wasap je staf saya lina dan Razman Bin Rahmad
Terima kasih sahabat Hazanul Faeez yang bersama keluarga bercuti dengan bercamping selama 3 hari 2 malam di Dimpian Agro Farm.
website
Lokasi
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top