IDEA BUAT DUIT TAHUN 2025 – COACH BAHAR D’IMPIAN AGRO FARM

Dulu saya pernah kerja dalam opis. Pakai kod, bertali leher dan baju masuk dalam. Gosok baju dan seluar mesti sampai nampak line.
Sekarang saya kerja kebun. Sesekali turun site. Berpeluh-peluh dan muka berminyak. Janggut dan misai jarang cukur.
Kekadang segan jumpa kekawan lama. Mula-mula rasa rendah diri. Ya lah kerja kampung je. Cerita pun seringgit dua ringgit je.
Tapi ada satu perkara yang saya rasa berbeza. Berbezanya adalah saya rasa FREE. Saya rasa saya boleh buat apa saya suka. Saya tak buat untuk orang lain. Walaupun kecil mana pun kerja itu nampak hasilnya.
Belajar sikit-sikit tanam sayur. Belajar jual dan cari pelangan. Fikir macam mana boleh banyakan buah dan kurangkan penyakit.
Jadi minta maaf kalau ada kekawan yang terjumpa saya kat bandar pakai selipar jepun. Kalau jumpa saya cumpang camping. Saya baru belajar berniaga sendiri.
Baca dulu sampai habis cerita ni. Enam tahun lepas saya berhenti kerja gomen. Jadi masa tu fikiran saya kosong nak mula bisnes apa.
Saya tak risau pun tentang masa depan, cuma saya takut saya bosan tak ada kerja. Saya yakin rezeki pasti ada dimana-mana. Saya bangunkan D’impian Agro Farm
Masa tu saya kerja kat JB tapi saya masih tinggal di Muar. Tiap hari berulang alik ke JB. Di Muar saya tinggal dikampung. Bila tak kerja, apa lah nak dibuat dikampung. Fikir punya fikir saya start kereta saya pergi cari seorang rakan sekolah saya dulu.
Hari ni saya tak nak cerita pasal saya. Saya nak cerita pasal kawan. Dia ni seorang petani sahaja tapi dia menanam secara fertigasi. Saya satu benda tak tahu tentang fertigasi ni.
Bila saya jumpa dia masa tu lepas raya. Seingat saya dalam dua minggu raya puasa. Dia bawa saya ke kebunnya yang berkeluasan dua setengah ekar. Masa tu sayur dia tengah banyak keluar berbakul-bakul. Ada cili, ada terung, ada petola dan kacang panjang.
Dia ada 10 ribu polybeg masa tu. Katanya dia ada satu kebun lagi berhampiran dengan kebun itu. Saya tak sempat pergi.
Saya mula kagum dengan usaha dia. Saya mula fikir dan nampak duit. Seharian saya ikut dia ke kebun. Hidup dia semple, kerja setengah hari waktu zohor pergi masjid. Petang sebelum asar hantar sayur yang pekerjanya petik ke pasar.
Masa minum kopi, saya tanya satu soalan maut kat dia. “Berapa ko dapat pendapatan sebulan bro ?”. Dia tunjuk jari dua. Aku cakap lagi “dua ribu ke”. Dia senyum dan mula bercerita.
” Bulan biasa aku target sehari seribu duit sayur . Bukanlah tiap-tiap hari dapat tapi boleh kalau sempat digilirkan. Petani macam aku ni, kalau nak buat duit lebih sikit musim raya lah. Bulan ni aku boleh dapat lebih sikit dalam 40K. Cili centel ambil kebun dapat harga cantik RM20 sekilo, terung RM4 sekilo, cili besar RM12 sekilo “. Katanya.
Saya dapat beberapa kesimpulan dari cerita kawan satu ni.
1. Yang membezakan mereka adalah mereka lebih bertindak dari bercakap. Ramai orang cakap je tak buat-buat. Mana nak dapat hasilnya. Kata kawan saya tu, ko jangan fikirlah nak jual mana. Ko tanam sahaja, bila dah ada buahnya tahulah ko nak jual mana nanti.
2. Pertanian ni gamenya bukan macam main bola untuk menang tapi guna strategi main dam haji makan banyak.
3. Sebelum tanam kena tahu sifir untung rugi dan ada target. Kena tahu bila nak jual dan permintaan tinggi dan harga mahal.
4. Beri ilmu kat kawan-kawan A to Z jangan simpan-simpan. Jangan beri ilmu yang salah atau formula yang salah. Nanti deorang ikut dapat hasil yang banyak tentu dapat bantu orang lain dan banyak dapat bayar zakat.
5. Banyakan bersedekah kepada siapa je yang datang ke kebun. Beri jiran-jiran kalau ada sayur. Lebih banyak memberi lebih banyak kita dapat. Tak pernah jadi miskin sebab bersedekah.
6. Jangan pernah berlagak macam tahu semua perkara. Jangan cakap itu pandai ini pandai. Rezeki ni Allah yang beri. Kita ni berusaha je.

Itu cerita kawan saya. Ini saya nak kongsi cerita saya pula. Sejak itu saya berkobar-kobar buat sendiri kerja-kerja fertigasi. Lama saya buat sendiri dan belajar dari youtube je tanaman fertigasi ni. Banyak yang tak jadi bermusim-musim.

Tapi saya tak putus asa dan tak berhenti. Sehinggakan saya dapat satu formula. Rupanya kita perlu berguru. Berguru ni mengelakan kita buat salah berulang kali.
Saya bukanlah sifu. Tapi saya dah dapat macam mana menanam cili dengan sistem fertigasi yang betul. Dulu saya ingat Fertigasi ni mahal. Rupanya 1000 polybeg kalau buat sendiri modal RM3000 je. Kalau upahkan orang berpuluh ribu habis modalnya.

Kalau kena gayanya tanam cili satu musim 3 bulan boleh dapat 2-3 kilo cili. Musim lepas 1000 polybeg boleh dapat 13-15 ribu hasilnya.

Saya dah berkongsi dengan ramai orang. Saya dah buat beberapa kelas. Kali ni saya nak buat kelas modulnya FREE. Tajuk kelas “Petani Viral”. Dari jam 9 pagi – 4.30 pagi.
Kelas ni bukan dengar dalam kelas tengok slide je. Anda diajar secara prektikal juga dari menyemai benih, buat sistem paip air, membaja AB hinggalah meracun. Anda prektikal di kebun saya sendiri hingga petik buah melon dan cilinya.

Saya bawa jalan satu kebun pusing. Tengok ayam, tengok kambing, tengok ternak lembu dan rusa. Saya kongsi macam mana buat makanan altanatif ternakan.
Tarikh : 21 Sept 2024 (Sabtu)
Masa : Jam 9 pagi – 4.30 Petang
Tempat : D’impian Agro Farm Muar.
Kelas macam ni biasa yurannya RM250. Tapi kali ni modulnya saya beri PERCUMA. Tapi saya tetap ada kos. Seminar ni ada makan nasi dulang, guna dewan dan staf. Jadinya saya cej RM100 sahaja seorang.
Daftar cepat cuma 40 orang sahaja
Apa salahnya kalau kita sama-sama share dan like posting ni. Manalah tahu ada saudara mara, jiran , adik , mertua, yang nak join.
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top