Dulu saya pernah kerja dalam opis. Pakai kod, bertali leher dan baju masuk dalam. Gosok baju dan seluar mesti sampai nampak line.
Sekarang saya kerja kebun. Sesekali turun site. Berpeluh-peluh dan muka berminyak. Janggut dan misai jarang cukur.
Kekadang segan jumpa kekawan lama. Kekadang rasa rendah diri. Ya lah kerja kampung je. Cerita pun seringgit dua ringgit.
Tapi ada satu perkara yang saya rasa berbeza. Berbezanya adalah saya rasa FREE. Saya rasa saya boleh buat apa saya suka. Saya tak buat untuk orang lain. Walaupun kecil mana pun kerja itu nampak hasilnya.
Belajar sikit-sikit tanam sayur. Belajar jual dan cari pelangan. Fikir macam mana boleh banyakan buah dan kurangkan penyakit.
Jadi minta maaf kalau ada kekawan yang terjumpa saya kat bandar pakai selipar jepun. Kalau jumpa saya cumpang camping. Saya baru belajar berniaga sendiri.
Baca dulu sampai habis cerita ni. LIMA tahun lepas saya berhenti kerja gomen. Jadi masa tu fikiran saya kosong nak mula bisnes apa. Saya tak risau pun tentang masa depan, cuma saya takut saya bosan tak ada kerja. Saya yakin rezeki pasti ada dimana-mana.
Masa tu saya kerja kat JB tapi saya masih tinggal di Muar. Tiap hari berulang alik ke JB. Di Muar saya tinggal dikampung. Bila tak kerja, apa lah nak dibuat dikampung. Fikir punya fikir saya start kereta saya pergi cari seorang rakan sekolah saya dulu.
Hari ni saya tak nak cerita pasal saya. Saya nak cerita pasal dia. Dia tak kasi dedah nama sebenar dia tapi dia izinkan saya tulis cerita dia. Dia ni seorang petani sahaja tapi dia menanam secara fertigasi. Saya satu benda tak tahu tentang fertigasi ni.
Bila saya jumpa dia masa tu lepas raya. Seingat saya dalam dua minggu raya puasa. Dia bawa saya ke kebunnya yang berkeluasan satu setengah ekar. Masa tu sayur dia tengah banyak keluar berbakul-bakul. Ada cili, ada terung, ada petola dan kacang panjang. Dia ada 10 ribu polybeg masa tu. Katanya dia ada satu kebun lagi berhampiran dengan kebun itu. Saya tak sempat pergi.
Saya mula kagum dengan usaha dia. Saya mula fikir dan nampak duit. Seharian saya ikut dia ke kebun. Hidup dia semple, kerja setengah hari waktu zohor pergi masjid. Petang sebelum asar hantar sayur yang pekerjanya petik ke pasar.
Masa minum kopi, saya tanya satu soalan maut kat dia. “Berapa ko dapat pendapatan sebulan bro ?”. Dia tunjuk jari dua. Aku cakap lagi “dua ribu ke”. Dia senyum dan mula bercerita.
” Bulan biasa aku target sehari seribu duit sayur . Bukanlah tiap-tiap hari dapat tapi boleh kalau sempat digilirkan. Petani macam aku ni, kalau nak buat duit lebih sikit musim raya lah. Bulan ni aku boleh dapat lebih sikit dalam 40K. Cili centel ambil kebun dapat harga cantik RM20 sekilo, terung RM4 sekilo, cili besar RM12 sekilo “.
Saya dapat beberapa kesimpulan dari cerita kawan satu ni.
1. Yang membezakan mereka adalah mereka lebih bertindak dari bercakap. Ramai orang cakap je tak buat-buat. Mana nak dapat hasilnya. Kata kawan saya tu, ko jangan fikirlah nak jual mana. Ko tanam sahaja, bila dah ada buahnya tahulah ko nak jual mana nanti.
2. Pertanian ni gamenya bukan macam main bola untuk menang tapi guna strategi main dam haji makan banyak.
3. Sebelum tanam kena tahu sifir untung rugi dan ada target. Kena tahu bila nak jual dan permintaan tinggi dan harga mahal.
4. Beri ilmu kat kawan-kawan A to Z jangan simpan-simpan. Jangan beri ilmu yang salah atau formula yang salah. Nanti deorang ikut dapat hasil yang banyak tentu dapat bantu orang lain dan banyak dapat bayar zakat.
5. Banyakan bersedekah kepada siapa je yang datang ke kebun. Beri jiran-jiran kalau ada sayur. Lebih banyak memberi lebih banyak kita dapat. Tak pernah jadi miskin sebab bersedekah.
6. Jangan pernah berlagak macam tahu semua perkara. Jangan cakap itu pandai ini pandai. Rezeki ni Allah yang beri. Kita ni berusaha je.
Itu cerita kawan saya. Ini saya nak kongsi cerita saya pula. Sejak itu saya berkobar-kobar buat sendiri kerja-kerja fertigasi. Lama saya buat sendiri dan belajar dari youtube je tanaman fertigasi ni. Banyak yang tak jadi bermusim-musim.
Tapi saya tak putus asa dan tak berhenti. Sehinggakan saya dapat satu formula. Rupanya kita perlu berguru. Berguru ni mengelakan kita buat salah berulang kali.
Saya bukanlah sifu. Tapi saya dah dapat macam mana menanam cili dengan sistem fertigasi yang betul. Dulu saya ingat Fertigasi ni mahal. Rupanya 1000 polybeg kalau buat sendiri modal RM5000 je. Kalau upahkan orang berpuluh ribu habis modalnya.
Kalau kena gayanya tanam cili satu musim 3 bulan boleh dapat 2-3 kilo cili. Musim lepas 1000 polybeg boleh dapat 13-15 ribu hasilnya.
Saya dah berkongsi dengan ramai orang. Saya dah buat beberapa kelas fertigasi cili bulan tahun lepas. Saya nak buat lagi sekali sebab ada permintaan
Macam ni. Sekarang tak payah datang kursus. Saya dah siapkan video langkah demi langkah. Saaya jual pakej. Ada video asas fertigasi 10 chapter, Ada video fertigasi cili ( kursus A to Z ) dan ada video fertigasi rock melon. ilmu penternakan pun ada.
Apa lagi .. manual pun ada siap senarai barang fertigasi. Korang boleh tengok berkali-kali sampai faham. Nak buat besar boleh dan buat kecil pun boleh. Saya siap masukan dalam satu group sokongan kalau nak tanya apa-apa. Paling best, Saya berikan ebook percuma ‘ Jana 5K dari projek pertanian ‘.
Iklan
====
Masuk kebun lepas raya..
Jadi petani ni kita kena faham 3 jenis ilmu
-ilmu barang
-ilmu orang
-ilmu dagang
Saya kongsikan banyak video seminar, ilmu perkongsian bisnes dalam himpunan koleksi video dan ebook.
Iklan
Terbaru saya jual semua video pembelajaran langkah demi langkah, koleksi idea bisnes dan semua manual peternakan dengan hanya RM150. Saya masukan semua koleksi ebook dan video tu dalam satu pen drive dan kami pos kepada pembeli.
Koleksi Video Fertigasi dan Ternakan
Video fertigasi cili
Video fertigasi melon
Video ternakan ayam kacuk kampung
Bonus :
Video 27 idea bisnes terbaik tahun 2024
Koleksi Video idea argo (ternakan rusa, ternakan ikan talapia dalam canves, ternakan ayam kampung, ternakan itik telur, tanaman nepiar dan banyak lagi.
Koleksi Ebook
Ebook ternakan biri-biri ruminan
Ebook ternakan rusa
Ebook ternakan ikan talapia
Bonus ebook
4 buah ebook motivasi bisnes coach bahar yang terbaik
– ebook bangun selepas jatuh
– ebook idea bisnes jana 10K sebulan
– ebook jana 5K sebulan dengan hanya tanam sayur tepi rumah
– ebook 49 idea bisnes tahun 2024
Klik sini untuk pembelian
Website Dimpian Agro Farm Muar