Hidup Tenang Berpencen

Seminggu dua ni saya ada menulis satu posting bertajuk ” Hidup Tenang Berpencen “. Dapat lebih 4k share. Ramai yang komen positif dan ada juga yang komen negatif. Saya senyum je.
Mereka yang komen negatif tu mempertikaikan, apa sebenarnya berpencen. Mereka tanya saya mengapa masih berbisnes dan berkerja dalam bisnes sendiri. Pencen kata mereka rehat terus kat melakukan apa-apa kerja dan dapat duit je setiap bulan. Saya tak tahu. Saya tak semak makna sebenar berpencen dalam kamus dewan bahasa. Mungkin mereka betul.
Saya pun tak cakap yang bertani, berkebun, menternak ini semua adalah cara terakhir untuk kamu semua berpencen dan tenang-tenang.
Kalau umur kita masuk 40 an. Sebenarnya kekuatan kita dah mula menurun. Kekadang mula demam. Tak macam orang muda. Kita kena fikirkan bagaimana aset boleh berkerja untuk kita bukan kita masih guna tulang empat kerat berkerja setiap hari.
Bangun subuh jam 6 pagi. Mula start kereta dan bergegas dalam kesesakan jalan raya pagi-pagi. Berebut nak sampainoffice jam 8 pagi dan pulang office jam 10 malam. Sebenarnya mereka kata kita rajin, tatapi sebenarnya kita membuang masa 4 jam dengan perkara yang tak berapa penting dalam hidup kita.
Dulu kita jadi BOS. Di pejabat kita garang dan muka ketat. Orang takut kat kita bukan orang hormat. Bila bos datang kat meja nak makan sama, nanti anak buah semua bangun kata dah siap makan. Anak buah takut dengan kita.
Itu semua tak best.
Macam mana kalau ada solution. Kita memimpin pasukan kita. Jangan lagi jadi BOS. Kita tak lagi pakai kereta lebih besar dari staf kita, kita duduk makan bersila sekali dengan staf. Kita jaga solat dan jadi imam kepada anak muda. Kita nasihatkan anak muda.
Arwah abah pesan
Umur bawah 20an : Pergi madrasah atau universiti terbaik dan tuntut ilmu.
20an – 40an : Kita cari rezeki, guna ilmu yang ada dan ikut mentor.
40 tahun ke atas : Fokus dengan apa yang kita buat. Buat perkara yang kita minat dan mula serah pada orang muda tugas kita.
Sebab itu saya berkongsi impian saya. Masa muda saya seperti yang saya tuliskan. Saya seorang BOS. Saya mengejar yang rupanya berusaha bertungkus lumus untuk kepentingan dan kepuasan orang lain. Terutamanya bos saya yang lebih atas. Mengejar impian orang lain bukan impian diri saya sendiri.
Saya suka hijau
Saya suka tenang
Saya suka berkebun dan berpeluh
Saya suka buat kerja kebun dan menternak haiwan.
Saya buka dimpian agro farm. Saya berkongsi inspirasi pada kawan-kawan. Bukan saya suruh semuanya ikut. Tapi pada mereka yang berminat. Berbudi pada tanah dan pastikan tanah-tanah itu tidak lagi terlepas ke orang lain.
Ada tak kawan-kawan yang nak join kelas. Bukan apa, saya kongsikan bagaimana anda membangunkan aset pasif income diumur pencen. Bagaimana anda melakarkan kehidupan anda 10 tahun kehadapan dan keluar dari roda-roda kehidupan biasa.
Tarikh kumpul-kumpul : 10.06.2023
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Dimpian Agro Farm, Muar
Kita buat ala-ala boot camp. Sembang-sembang tenang-tenang.
Korang baca ke sampai habis. Kalau baca komen “ Saya sihat dan ceria “.
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top