Hidup Berpencen Dengan Tenang
Saya mulakan D’impian Agro Farm hanya dengan impian dan mimpi. Kata orang ” mimpi itu permainan tidur “. Dari mimpi itu, menjadikan saya termimpi-mimpi. Bila selalu mimpi itu datang, saya ceritakan kat orang lain.
Saya berhentikan kerja umur saya 42 tahun. Lama saya kerja dengan gomen lebih kurang 17 tahun. Saya mulakan dari 500 polybeg tanam timun. Saya tahu, ramai kawan-kawan pelik masa tu dari dunia korporat, saya tinggalkan sementara masuk kebun. Sebenarnya itulah minat dan dunia saya. Saya suka kehijauan, ketenangan dan suka membaca buku dibawah rimbunan hijau merimbun.
Masa saya muda, setiap kali keluar negara. Saya akan ambil masa jelajah sendirian ke kampung-kampung seorang diri. Suasana padi di lereng bukit. Saya ke Jepun, bagaimana ketekunan mereka menanam di tepi-tepi rumah. Anak-anak umur 2 tahun sudah diajarkan ke ladang.
Kata mereka tanah dan pokok itu tuhan mereka. Mereka setiap pagi bercakap dan menyembah pokok. Saya di UK lama, saya jumpa semula suasana yang sama di Australia. Kebun-kebun mereka besar. Seoang pekebun ada sekurang-kurangnya 500 ekar. Mereka mengusahkan kebun bersama 3 generasi atok,anak dan cucu. Jentera mereka besar-besar, canggih dan gunakan tenaga kerja yang sedikit. Ada sesetengah itu ada buat cafe di depan ladang mereka. Menjual hasil ladang dan minum kopi dengan kawan-kawan. Itulah impian terwujudnya cobawin cafe.
Di Thailand dan Indonesia pula berbeza. Mereka menjalankan aktiviti perkebunan secara tradisional tetapi kreatif. Satu industri satu kampung. Bela kambing belakang rumah je. Kandangnya pakai buluh sahaja dan murah. Diberi makan rumput tapi dibeli dari jiran sebelah.
Satu rumah ada 100-200 ekor kambing yang hanya dikepung seadanya. Tidak pula dibiar meliar di kebun-kebun. Nanti ada ejen dari pekan datang. Nak beli 100 ekor, dikongsi setiap rumah menjual 10 ekor kambing milik mereka. Satu kampung nak cari 10 ribu ekor senang-senang je dapatnya.
Di switzerland lain ceritanya. Mereka lengkap melengkapi antara satu sama lain. Satu kawasan kejiranan saling melengkapi. Konsep itu dari rumah ke rumah hingga ke ladang-ladang yang besar. Saya tidak berkesempatan singgah ke negara eropah yang lain tapi saya rasakan perkaranya lebih kurang sama.
Satu perkara yang saya lihat berbeza. Di luar negara sana, golongan petani dianggap orang kaya, bangsawan dan memiliki tanah dan keturunan yang baik-baik. Adakah datang dari budaya mereka saya tak pasti.
Sehingga di kampung-kampung di China dan Jepun, golongan petani ini dimuliakan. Sami-sami yang suci dan tinggi darjatnya biasanya datang dari kampung-kampung, pergunungan dan yang hanya makan sayur. Dipercayai dilindungi tuhan sentiasa. Itu fahaman dan agama mereka.
Generasi X yang dirosakan dengan fahaman
Saya adalah generasi X. Saya dibesarkan, diperintah oleh baby boomer. Selepas perang dunia kedua, golongan ini mengasai dan mempengaruhi budaya, persepsi, ekonomi. Sehingga sekarang dizaman kereta nak terbang ni pun orang politik kita dan pemimpin semua parti datang dari golongan baby boomer.
Mereka ini hidup dalam kesusahan dan kepercayaan diri tinggi.
Mereka percaya, kehidupan yang berjaya bermula dari pendidikan awal, masuk universiti dan kerja kerajaan.
Mereka nak semua ikut cakap dan cara mereka.
Tetapi generasi X tidak begitu. Generasi Y dan Z lebih jauh dari pandangan itu.
Salah satu pandangan baby boomer kepada anak-anaknya, “kejayaan zaman itu adalah keluar dari kampung. Kerja dibandar secara berdikari. Balik kampung sekali sekala dan berpendidikan itu adalah orang yang berjaya”.
30-40 tahun selepas itu. Dikampung-kampung tak ada orang muda. Yang tertinggal dikampung dianggap yang tak ada pilihan atau tak laku. Tanah-tahan milik orang tua sudah terjual. Mereka menumpukan ” orang melayu ” hidup secara moden, berkerjaya dan berniaga ala-ala ” drama dalam megah holding “.
Jadinya, kepesongan pandangan tentang petani. Dalam drama-drama melayu. Orang kampung, tarik kerbau berlatarbelakangnya sawah adalah orang susah, menerima bantuan, miskin. Jarang ditonjolkan duduk kampung dan boleh berjaya.
Tanah-tanah itu sebenarnya kekayaan yang ditinggalkan. Satu persipsi yang sedikit terpesong. Saya sudah tua dan berumur. Kita perlukan sekurang-kurangnya dua generasi lagi kedepan bagi mengubah semula landskap ini. Makna kata, Malaysia perlukan 50 tahun lagi kedepan bagi menyediakan sendiri makanan negara yang tidak bergantung kepada negara lain.
Umur pencen bukan 60 tahun. Mungkin 40 tahun dan sudah boleh mula mengatur langkah untuk itu. Bila pencen maksudnya anda melakukan perkara yang anda suka dan minat. Tidak lagi berkerja dikejar waktu dan hambatan hutang. Anda mahu lebih berkarya dan tenang. Aset-aset anda pula berkerja 24 jam untuk anda dan bukan lagi anda berkerja dua puluh empat jam untuk mengumpul aset.
Saya ada impian. Sebahagian impian saya berpencen itu telah saya lakukan. Ramai kawan-kawan datang dan bertanyakan apa yang perlu mereka lakukan. Bagaimana persediaan mereka untuk mereka berpencen dan melalukan perkara yang lebih mereka suka.
Rasanya saya nak kumpulkan kawan-kawan yang sekepala. Saya nak kongsikan inspirasi yang sama. Saya nak kongsi langkah-langkah bagaimana aset mereka boleh menjana pendapatan RM10,000 sebulan atau 100K tanpa mereka berkerja lagi masa itu. Saya ada formulanya.
Saya nak buat satu group telegram. Saya boleh kumpulkan kawan-kawan yang minat jumpa saya mungkin berkampung di Dimpian Agro Farm. Mungkin kita bawa sekali keluarga anak-anak dan isteri bermalam dua tiga hari bersama saya di sini. Memahami konsep ekonomi mendiri.
Mereka yang benar-benar minat mungkin boleh saya kongsikan konsepnya. Join group telegram bersama coach bahar. Insyaallah slow-slow saya kongsikan setiap minggu motivasi pencen awal.
Website
Iklan
Elmu Paling Murah: ebook lebih 200 page
Menjelang promosi harga promosi ebook “ Formula 21 Hari : Setup Aset dan Gandakan Pendapatan Masa Pencen “.