D’impian Agro Farm Dari impian menjadi realiti.

D’impian Agro Farm
Dari impian menjadi realiti.
Aku bangunkan dimpian agro farm melalui impian dan mimpi. Aku tinggalkan korperat #duniatiputipu dan mencuba nasib dalam bidang agro #KalauBuatBaruJadi.
Ideanya bukan hanya hardware tetapi pengisian yang sebenar menjadi seorang petani. Jarang orang faham dan nak ambil pusing kenapa aku buat. Mereka ada masalah mereka masing-masing.
Aku bermula dari kosong. Dari tanah kosong dan kering. Dari belukar yang terbiar lebih 35 tahun dan aku jadikan kebun.
Perjuangan ini panjang. Aku buang teori bisnes ni nak buat duit. Aku fahamkan isteri dan staf aku bisnes agro yang kita buat ni adalah sebuah perjalanan dan pengorbanan. Ianya disebut tarbiyah dan pendidikan.
Aku bina kepercayaan baru dan ‘mazhab’ baru dalam bertani dan menternak. Aku cakap beli kambing dulu, baru fikirkan macam mana nak bela. Bukan buat kandang beribu-ribu lepas tu kambing dibela dua ekor.
Aku lawan kawan aku nasihat ” Bahar. Nak kaya jangan bela kambing, jual banyak – banyak kambing “. Trading boleh buat duit, itu paling betul. Tapi aku korban nak biakan kambing dan dorper sendiri. 3 tahun kena berlapar dan bertahan sebelum dituai hasilnya.
Aku cuba buat makanan ruminan jadi murah. Aku cara buat dan cakap, jadi penternak jangan cari rumput tiap pagi tapi jangan beri kambing dan biri-biri makan dedak. Murahkan makanan, dapat murahkan daging. Dalam kertas kerja jabatan memang dah ada lama, research dalam thesis kat universiti dah lama ditulis. Malangnya tak pernah terlaksana. Aku cuba dulu..
Aku cuba bela ayam jual sendiri depan rumah dengan harga lebih murah. Orang marah buat report.
Aku jual melon murah, orang kecam kata aku sengaja nak jatuhkan harga market.
Itu semua fitnah, bila ada yang pandang aku sinis. Sebab aku pernah gagal dan mungkin bangsa aku melayu.
Aku bangunkan sendiri. Tak ada pinjaman bank. Belum ada geran kerajaan. Fitnah kalau tuduh aku dapat juta-juta dari kenalan politik. Tapi aku banyak diam dan senyum. Aku dah tua tak baik bentak-bentak.
Apa aku nak ?
Aku nak berbudi pada tanah. Aku nak relax-relax kat kampung. Duduk bila penat. Kerja balik bila kuat. Tak nak fikir berat-berat.
Aku nak share dengan ramai orang. Aku nak kongsi dengan ramai orang rezeki yang Allah beri pada aku. Ramai pekerja yang datang dari kampung. Bila mereka tersenyum aku gembira.
Aku nak ajarkan kawan-kawan yang dah lama berkerja. Nak berkebun dan menternak, jangan langgar dinding dan membayar yuran ‘kebodohan’ yang terlalu mahal bila gagal. Dunia Pertanian adalah satu bidang yang dipandang sepi, rendah, remeh dan tak ada kelas. Sedangkan bidang ini adalah sebutir mutiara seolah bersepah tidak kutip dan ‘kekayaan hasilbumi yang ditinggalkan’.
Anak muda
-Boleh jadi DO tapi satu daerah seorang je.
-Boleh jadi pegawai tapi sijil nak kena panjang, cakap nak kena lancar.
Dalam bisnes banyak jawatan yang kosong. Tak payah temuduga pelbagai. Paling penting mahu belajar.
– Kalau tak minat bela ayam, jadi pemborong jual ayam.
– Kalau tak minat jual ayam, buat ayam perap madu.
– Kalau minat masak, buka kedai nasi ayam.
Banyak jawatan kosong tak perlu rebut-rebut.
Korang apa khabar, saya doakan korang sihat dan ceria pagi ni. Kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Tak payah bertanding dengan sesiapa. Bertanding dengan diri sendiri je.
IKLAN
=====
Aku baru je siapkan sebuah buku dan panduan penternakan kambing dan biri-biri. Lama aku tulis lebih setahun nak hasilkan panduan lengkap ni.
Kepada 100 orang yang bertuah aku nak beri harga murah je ebook aku ni. Harganya hanya serendah RM30 sahaja. Harga sebenarnya nanti RM69.
Sebelum jam 11.59 malam 16 July 2023 ni aku buka korang beli ebook ni.
Pembelian ebook
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top