Coach Bahar Terima Jemputan Sebagai Keynote Speaker di program anjuran Universiti Malaysia Kelantan

FAKULTI ASAS TANI UMK - FIAT UNDERGRADUATE SYMPOSIUM 05 - UMK - coach bahar - d'impian agro farm - pakar agromakanan - FOOD SECURITY - UMK Universiti Malaysia Kelantan universiti malaysia fakulti asas tani umk - Universiti Malaysia Kelantan - Usahawan Tani UMK
D'IMPIAN AGRO FARM - COACH BAHAR - USAHAWAN TANI - UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN - UNIVERSITI - PERTANIAN - AGROMAKANAN - FOOD SECURITY - COBAWIN FRIED CHICKEN - Ministry of Agriculture and Food Security of Malaysia - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
PRODUK COACH BAHAR - D'IMPIAN AGRO FARM MUAR JOHOR Universiti Malaysia Kelantan - FOOD SECURITY - USAHAWAN TANI - COACH BAHAR FOOD INDUSTRIES - ENTREPRENEURSHIP - FAMULTI ASAS TANI UMK - USAHAWAN UMK - UNIVERSITI PERTANIAN DAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA - DIMPIANAGROFARM.COM - AGRIBUSINESS - AGRIBIZ - PRODUK UMK

Bismillahirrahmanirrahim
, Alhamdulillah,,,Hari ni saya dijemput sebagai keynote speaker di FIAT POSTGRADUATE SYMPOSIUM 05, UMK (Universiti Malaysia Kelantan) . Sejak saya meninggalkan dunia akademik dan menjadi petani sepenuh masa, inilah kali pertama saya beri perhormatan setinggi ini.
Saya bukanlah sesiapa. Saya hanyalah seorang petani kampung. Tinggal di sebuah kampung kecil di Muar Johor. Setelah saya berhenti kerja pada umur saya 40 tahun. Saya bermajikankan diri saya sendiri.
Sayalah bos, sayalah kuli, sayalah penjual sayur, sayalah memikul tong racun sendiri menjaga pokok cili saya sendiri. Memetik dengan berbaring dilorong-lorong fertigasi untuk dihantar ke pasar.
Saya lalui, petik cili tapi tak boleh dijual. Pemborong main harga. Saya rasa bila bangun pagi seekor demi sekor kambing saya mati sebab salah beri makan. Saya terkesan bila RPH ditiup angin runtuh dan rebah lebih lagi buah melon tinggal tunggu hari dipetik.
Dalam menjadi petani dan hidup realiti tak ada bunga-bunga. Bukan sekadar teori yang panjang dan bercakap menjela tetapi tanpa bukti. Hidup realitinya keras. Nampak dan buat.
Saya juga dijemput siaran TV, ditanya apakah masa depan negara dengan agro makanan. Event MAHA yang sedang berlangsung ketika itu. Terlalu besar dan tentunya sangat mengagumkan. Malangnya perkara basic ‘dedak haiwan’ pun masih kita bergabtung jagungnya dari luar negara.

Mana orang cerdik pandai kita ? . Mungkin ada atau tidak digunakan sepenuhnya idea-idea mereka?. Mengapa ianya berlaku dan sampai bila?

 

Saya pernah melalui proses research. Saya sangat menghargai perjalanan itu ketika menjadi calon pelajar PhD. Membaca banyak paper, membandingkan teori-teori dan menghadam buku-buku dari kepelbagaian bidang.
Saya aplikasikan dengan hidup saya. Walaupun bidang pengajian saya bukanlah dalam bidang pertanian tetapi mengaplikasikan inovasi dalam kerjaya saya sekarang adalah salah satu keutamaan saya.
Saya menghabiskan banyak masa, tidur lewat dan bangun awal. Saya banyak membeli buku-buku berkenaan agro dan saya hadir seminar yang dianjurkan univeristi berkenaan minat baru saya.
Saya tak tahu apa yang mahu saya sampaikan pagi ini. Saya bukan orang yang teknikal dalam bidang ini. Saya hanya mahu sampaikan bidang agro adalah “ Rezeki dari Langgit”. Tanah itu penuh dengan emas-emas yang ditunggu untuk digali dan akhirnya saya katakan pada mereka “ Pertanian ini adalah sebuah kekayaan negara yang telah ditinggalkan lama “.
Research di universiti ini jangan hanya terletak rapi ditulis di thesis-thesis dan disimpan dalam perpustakaan. Kajilah , terbitkan tetapi semuanya untuk komuniti dan kebaikan manusia sejagat.

Apa yang kita cari adalah tujuan yang sama, kerbekatan dari Allah.

 

Baharuddin Mohamed (Coach Bahar), 013-7999415
D’Impian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang, Muar,Johor.

 

Universiti Malaysia Kelantan

Ministry of Agriculture and Food Security of Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

#AgroMakanan #foodsecurity #keynotespeaker #umk #universiti #universitipertanian #menteripertanian #usahawantani  #fama #KementerianPertaniandanIndustriMakananMalaysia

JEMPUTAN DAN SINERGI  DARI IPT, FAKULTI PERTANIAN, FAKULTI PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN, AGENSI KERAJAAN & SWASTA AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Coach Bahar :- 013-7999415 (Business Coaching / Kursus/ Seminar Pertanian) | Liza: 011-1628 5534 (Kelas, Seminar, Kursus) | 0188735655 – 014-504 4905 (Tempahan Lawatan) | Kem Motivasi & Kem Cuti Sekolah – 014-969 5452 (Encik Razman)

 

SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top