Menu Cobawin Cafe Bukit Baru Melaka

Buat bisnes kedai makan ni bukan mudah. Ramai yang buka kedai makan memang sebab mereka pandai masak atau memang minat masak. Sebab itu kita nampak kedai makan bersepah banyaknya.
Lebih lagi bila nak tengok ekonomi Malaysia ni sihat ke tidak, tengok je gerai tepi jalan. Kalau tumbuh macam cendawan lepas hujan maksudnya ekonomi masih pelan. Orang jual tepi jalan tu terpaksa je sebab nak cari pendapatan lebih untuk teruskan hidup.
Risiko jual makan ni bukan tentu. Korang tengok je bulan ramadhan lepas. Penjual lebih ramai dari pembeli dipasar malam. Kalau ramai pun datang masalahnya mereka tidak membeli.
Ada kawan tegur saya supaya hati-hati berbisnes. Jangan buka cawangan banyak sangat. Overhead tinggi dan sale belum tentu baik. Lebih lagi industri makanan ni. Semua telahan itu benar dan saya mengakuinya. Tapi experiment dan perjuangan saya belum habis. Saya terpaksa untuk wujudkan ekosistem yang betul.
Perjuangan Dimpian Group ini berbeza. Kami buka cobawin cafe untuk pastikan menyokong industri pertanian. Saya bela ayam, kambing, ituk, lembu, rusa sendiri. Kami tanam sayur sendiri di ladang kami. Permulaan nya cafe ni semua adalah memastikan semua kitarekonomi ni keluar dari poket kiri dan masuk semula ke poket kanan.
Bila petani, penternak tidak bergantung lagi dengan orang tengah maka mereka boleh menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya yang stabil. Seharusnya petani dan perternak haruslah menjual hasil pertanian mereka sendiri dan mendapat untung dengan apa yang mereka usahakan.
Konsep Ekonomi Mendiri Kampung
Saya tidak bermaksud ladang-ladangbyang dikomisialkan. Tapi ini adalah idea kepada kebun-kebun yang bawah 5 ekar supaya petani dan penternak haruslah menanam dengan pelbagai tanaman dan ternakan. Jangan bergantung kepada satu-satu income sahaja.
Asas berniaga adalah menjual. Asas menjual adalah menjaja. Buat dari kecil asalkan berhasil. Orang bisnes kena belajar ilmu
– Ilmu dagang
– Ilmu Orang
– Ilmu barang.
Sebagai petani dan penternak perlu ada income harian, income bulanan dan income tahunan. Bukan kebun kita bergantung kepada satu income sahaja.
Jemput datang nanti bila kami buka di bukit baru Melaka. Insyaallah 1 July 2023 nanti. Ini test run 6 bulan. Insyaallah saya buka peluang untuk rakan niaga. Koeang boleh buka sendiri di tempat korang dengan branding cobawin cafe. Kami telah ada SOP nya. Hanya perlukan 3 pekerja satu-satu shift. Semua ready to eat produk. Cepat, selamat, sedap dan murah .
Dimpian Agro Farm Muar
Email : coachbahar76@gmail.com
Hubungi : +60 11 1628 5534 / +60 18 275 9546 / +60 18 793 9749
Gudang D’kakilelong.muar
+60 11 5500 1069
D’impian Resort & Training Centre, Muar
+60 14 9695 452
SHARE KE SOCIAL MEDIA
Facebook
Twitter
LinkedIn
Scroll to Top