بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
04.07.2023 Cobawin Cafe cawangan Bukit Baru Melaka dibuka dengan rasminya.
Sepatutnya hari ni buka cafe baru di Melaka. Tapi apa boleh buat terpaksa tangguh kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakan. Ya lah musim raya ni, kontrektor tak dapat siapkan kerja-kerja yang sepatutnya. Jadinya saya mula buka pada 04 July 2023 ni.
Banyak respon yang saya dapat tentang pembukaan cobawin cafe di Melaka ni. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Antaranya ada yang mengatakan tahun ni bukan tahun yang baik untuk melebarkan bisnes. Jangan buka kedai banyak-banyak nanti tak terurus.
Saya tarik nafas dalam-dalam. Saya sangat faham tentang perkara-perkara basic ni. Tapi misi dan visi bagi syarikat adalah lebih penting. Kami mulakan syarikat kami sebagai sebuah syarikat enterprices sahaja. Ianya dimulakan pada 5 tahun yang lalu bermodalkan kecil. Saya namakan syarikat Berlarikelanggit Enterprices atas nama anak saya Irfan Bahar.
Tiga tahun pertama banyak pembangunan awal dibuat. Proses kami belajar, proses kami menanam dan memulakan ternakan ayam, rusa, dorper dan penanaman melon. Selepas itu kami cari jalan untuk membesarkan bisnes tersebut kepada bidang latihan dan agro tourisem. Sehingga kami ada cafe. Wujudnya nya cafe adalah sale point untuk memastikan barangan yang kami jual segar dari ladang dapat diuruskan dengan sempurna.
Apa tujuan utama DIMPIAN Agro Farm
Ianya adalah menjadi model solution kepada bidang pertanian dan penternakan supaya penternak dan petani faham . Ekosistemnya sempurna. Ada tempat kami menjual dan dapat memperluaskan konsep (DAF) keseluruh negara.
Kalau KFC atau banyak lagi cafe boleh tumbuh macam cendawan lepas hujan mengapa tidak untuk cobawin cafe. Bila ada SOP dan semua menu ada pes rempah untuk masakan siap maka boleh ianya dibuka dengan mudah untuk semua di seluruh negara.
Kita boleh berangan-angan. Kita boleh merancang. Kita boleh berkerja kuat. Tapi semuanya Allah yang berkehendakan itu semua.
Dimpian Agro Farm Muar
Website : https://dimpianagrofarm.com
Email : coachbahar76@gmail.com
Hubungi : +60 11 1628 5534 / +60 18 275 9546 / +60 18 793 9749
Cobawin Bukit Baru Melaka
Gudang D’kakilelong.muar
+60 11 5500 1069
D’impian Resort & Training Centre, Muar
+60 14 9695 452